Site icon TechNave BM

TECNO Phantom V Fold 5G dilancar di Malaysia: Telefon lipat termurah setakat ini, berharga RM4,999

TECNO telah melancarkan telefon lipat yang terbaru untuk pasaran Malaysia iaitu TECNO Phantom V Fold 5G. Ini merupakan telefon lipat paling murah setakat ini untuk pasaran tempatan, dengan harga bermula daripada RM4,999 sahaja untuk masa terhad.

Walaupun dengan harga yang lebih mampu milik daripada jenama lain, ia masih menampilkan fungsi dan spesifikasi yang canggih seperti skrin utama 7.85 inci dan skrin luaran 6.42 inci. Kedua-duanya menggunakan panel LTPO AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz, namun dengan resolusi yang berlainan iaitu resolusi 2K untuk skrin utama dan Full HD+ untuk skrin luaran.

TECNO mengatakan engselnya dibuat daripada besi bertaraf aeroangkasa dan boleh bertahan sebanayak 200,000 lipatan. Garis lipatan pada skrinnya juga nampak kecil sahaja, dengan kedalaman 0.2mm.

Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset MediaTek Dimensity 9000+, RAM 12GB dan storan dalaman 512GB. Walaupun ini bukanlah cipset tercanggih pada tahun ini, ia masih boleh memberikan prestasi yang sangat pantas walaupun dalam aplikasi dan game berat.

Baterinya berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 45W, namun ia tidak menyokong sebarang teknologi pengecasan wayarles. TECNO mengatakan baterinya boleh dicas penuh dalam masa sekitar 55 minit sahaja.

Untuk fotografi, ia mempunyai kamera utama 50MP, kamera telefoto 50MP dengan zum optikal 2x dan kamera ultra-lebar 13MP. Kedua-dua skrinnya mempunyai kamera swafoto, di mana kamera pada skrin luaran adalah 32MP manakala kamera pada skrin utama adalah 16MP.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk TECNO Phantom V Fold 5G:

Anda boleh buat pra-tempahan di laman web TECNO Malaysia, Lazada, Shopee atau Urban Republic. Setiap pra-tempahan akan menerima skuter elektrik (bernilai RM899) secara percuma.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version