Site icon TechNave BM

TECNO PHANTOM X dilancar di Malaysia: Helio G95, FHD+ AMOLED 6.7″ dan pengecasan 33W bermula RM1,499

TECNO, hari ini telah memperkenalkan model baharu utama di bawah sub-jenamanya iaitu PHANTOM X ke pasaran Malaysia. TECNO PHANTOM X menampilkan skrin melengkung yang direka bentuk secara ergonomik dengan sudut keemasan kanan pada sudut 36.5° untuk cengkaman dan keselesaan.

Skrinnya menggunakan paparan FHD+ AMOLED 6.7 inci. Selain itu, ia dilengkapi cipset MediaTek Helio G95, teknologi gabungan memori RAM 8+3GB, storan 256GB, bateri berkapasiti 4,700 mAh dan sistem antara muka HiOS 8.0 yang dikemas kini. Baterinya menyokong pengecasan pantas 33W yang memberikan kuasa 70% dengan 30 minit pengecasan.

Bahagian belakangnya dilengkapi kamera Ultra-Malam 50MP dan sensor 1/1.3, kamera telefoto 13MP dengan lensa 50mm dan kamera ultra-lebar 8MP 120°. Bahagian hadapannya pula mempunyai kamera swafoto 48MP dengan sudut Ultra-Lebar 105° termasuk mod Malam Super disokong Al dan Portrait Keemasan 50mm.

PHANTOM X turut dianugerahkan Produk Disiplin bagi kategori produk telekomunikasi 1.08 di Anugerah Reka Bentuk iF 2022. Ia hadir dengan dua pilihan warna iaitu Van Gogh’s Starry Night Blue dan Monet’s Summer.

Datuk Wira Lee Chong Wei merupakan duta bagi TECNO Malaysia

Berikut merupakan spesifikasi lengkap TECNO PHANTOM X:

TECNO PHANTOM X memberikan anda jaminan peranti selama 13 bulan dan skrin selama 180 hari. Adakah berminat untuk membeli PHANTOM X ini? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version