Site icon TechNave BM

TECNO POVA 5 akan dilancar di Malaysia dalam masa terdekat

TECNO Malaysia telah mengesahkan bahawa mereka bakal melancarkan telefon pintar kelas pertengahan TECNO POVA 5 dalam masa terdekat. Perkara tersebut disahkan dalam laman Facebook TECNO Mobile Malaysia bersama sebuah poster yang menunjukkan telefon itu secara ringkas.

Tarikh pelancarannya masih belum diumumkan, tapi kita sudah boleh mengetahui spesifikasi telefon tersebut. Ia bakal dilengkapi skrin IPS LCD berukuran 6.78 inci dengan kadar segar semula 120Hz dan terdapat sebuah kamera swafoto 8MP di atasnya.

Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset MediaTek Helio G99, RAM 8GB, storan dalaman 256GB, bateri 6,000mAh dan pengecasan pantas 45W. Di belakang, ia mempunyai kamera utama 50MP dengan sensor kedalaman dan lampu denyar LED.

Telefon ini bakal ditawarkan dalam tiga warna iaitu emas Amber Gold, hitam Mecha Black dan biru Hurricane Blue.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan TECNO POVA 5 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version