Site icon TechNave BM

TECNO Pova 5 Pro 5G dilancar di Malaysia: Skrin 120Hz, bateri 5,000mAh, cas pantas 68W berharga RM799

TECNO telah melancarkan telefon pintar kelas permulaan yang terbaru untuk pasaran Malaysia iaitu TECNO Pova 5 Pro 5G. Dengan harga bermula RM799 sahaja, ia merupakan sebuah telefon yang sangat menarik untuk mereka yang mencari telefon pintar murah.

Ciri utama pada telefon ini pastinya adalah skrin LCD 6.78 inci yang mempunyai resolusi Full HD+ (1080×2460) dan kadar segar semula 120Hz. Walaupun ia merupakan sebuah telefon mampu milik, skrinnya masih boleh menghasilkan imej yang sangat jelas dan pengalaman menatal yang lancar.

Rekaan di bahagian belakangnya pula mempunyai estetika gamer Turbo Light Mecha Design dengan corak garisan dan lampu LED yang boleh memaparkan sembilan warna.

Selain itu, ia mempunyai bateri besar 5,000mAh yang boleh menyokong kadar pengecasan pantas 68W melalui port USB-C. TECNO mengatakan bateri ini boleh bertahan selama lebih daripada sehari, kemudian sewaktu mengecas pula, ia hanya memerlukan 45 minit untuk pengecasan penuh.

Cipsetnya pula adalah MediaTek Dimensity 6080 5G yang dibuat dengan nod proses 6nm untuk menjana prestasi yang boleh diterima untuk telefon mampu milik. Ia turut mempunyai sistem penyejukan kamar wap (vapour chamber cooling) dengan lapisan graphene seluas 12,979mm² untuk pelesapan haba yang lebih pantas.

Untuk audio, ia turut mempunyai pembesar suara stereo dan bicu audio 3.5mm. Berikut adalah spesifikasi penuh untuk telefon ini:

Layari laman web TECNO Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai telefon ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version