Site icon TechNave BM

TECNO POVA 5 Pro dilancar dengan lampu belakang RGB sembilan warna

Apabila bercakap tentang telefon dengan lampu di belakang, Nothing mungkin menjadi yang pertama anda fikirkan. Kini, TECNO telah menghasilkan telefon yang menampilkan beberapa lampu canggih yang menjadikannya kelihatan unik. TECNO POVA 5 Pro datang dalam dua warna iaitu Dark Illusion dan Silver Fantasy. 

Terdapat garisan lampu nipis yang disusun dalam bentuk segi tiga menghiasi bahagian belakang telefon memberikannya ciri tersendiri. Lampu tersebut tidak seperti Nothing Phone kerana ia menyokong RGB sembilan warna. Peranti ini mempunyai paparan 6.78 inci dengan resolusi 1080p dan kadar penyegaran 120Hz. 

Ia juga mempunyai bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 68W. Pengecasan daripada sifar hingga penuh mengambil masa 45 minit. MediaTek Dimensity 6080 digunakan pada POVA 5 Pro dengan storan dalaman 128GB atau 256GB dan RAM 8GB.

TECNO tidak mengumumkan harga untuk POVA 5 Pro dan hanya memberitahu ketersediaannya di pasaran Asia Tenggara, Asia Selatan, Timur Tengah dan Amerika Latin. Nantikan pengumuman rasmi daripada TECNO pada masa akan datang.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Android Authority

Exit mobile version