Site icon TechNave BM

Tecno Pova 6 dilancar di Malaysia: Helio G99 Ultimate, AMOLED FHD+ 6.78″ berharga RM899

Tecno yang merupakan salah satu jenama kompetitif dalam segmennya kini telah melancarkan sebuah lagi telefon pintar iaitu Tecno Pova 6 untuk pasaran Malaysia. Salah satu sorotan utama peranti ini ialah panel belakang yang mempunyai sistem pencahayaan LED dengan 116 lampu LED dan 9 mod.

Ia berfungsi seperti dengan sistem glyph pada peranti Nothing dan juga mempunyai kesan telus memaparkan komponen dalaman. Tecno Pova 6 dilengkapi cipset MediaTek Helio G99 Ultimate, skrin AMOLED FHD+ 6.78 inci dengan kadar penyegaran 120Hz dan menyokong pengembangan tambahan RAM maya sehingga 8GB.

Baterinya berkapasiti 6,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 70W. Untuk fotografi, telefon ini hadir dengan kamera utama 108MP dan kamera swafoto 32MP. Selain itu, ia juga menyokong perlindungan IP53, pembesar suara stereo Dolby Atmos, pengimbas cap jari pada skrin, NFC dan menjalankan sistem HiOS 14 berdasarkan Android 14.

Spesifikasi lengkap Tecno Pova 6:

Tecno Pova 6 tersedia dalam warna hitam dan hijau dengan storan tunggal iaitu 8/256GB berharga RM899. Kepada yang berminat untuk membeli, anda boleh lawati kedai rasmi Tecno Malaysia di Shopee, Lazada dan TikTok. Beritahu kami jika anda berminat dengan telefon ini di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version