Site icon TechNave BM

TECNO POVA 7, POVA 7 Ultra akan dilancar di Malaysia pada 8 Ogos 2025

TECNO Malaysia baru-baru ini mengumumkan bahawa dua telefon pintar baharu TECNO POVA 7 dan TECNO POVA 7 Ultra akan dilancar pada hari Jumaat, 8 Ogos 2025. Pengumuman itu dilakukan dalam laman Facebook mereka namun harganya masih tidak diketahui setakat ini.

POVA 7 dan POVA 7 Ultra sudah pun dilancar untuk pasaran antarabangsa, jadi kita sudah boleh tahu spesifikasinya. Di bahagian belakang, ia mempunyai garisan cahaya LED dengan 104 lampu yang mengelilingi bonggol kamera utama.

POVA 7 didatangkan dalam pilihan warna hitam Geek Black, perak Magic Silver dan hijau Oasis Green, manakala POVA 7 Ultra datang dalam dua pilihan warna sahaja iaitu hitam Geek Black or putih Geek White.

Berikut merupakan spesifikasi untuk kedua-dua telefon, berdasarkan model yang dilancar untuk pasaran antarabangsa:

TECNO POVA 7

TECNO POVA 7 Ultra

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan kedua-dua telefon di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version