Site icon TechNave BM

Tecno Spark 10 Pro dilancar: Cipset Helio G88, skrin 6.8″ 90Hz, dan kamera 50MP bermula ~RM546

Tecno telah melancarkan Spark 10 Pro yang boleh dilihat di laman web rasminya di India. Berikut adalah keseluruhan spesifikasi dan ciri Spark 10 Pro.

Spark 10 Pro mempunyai paparan LCD IPS 6.8 inci yang menawarkan resolusi FHD+ 2460 x 1080 piksel, nisbah aspek 20.5:9, kadar penyegaran 90Hz dan gamut warna DCI-P3. Peranti ini dilengkapi dengan OS Android 13 dan HiOS 12.6.

Di bahagian hadapan, ia membawa kamera 32MP bersama flash LED manakala di bahagian belakangnya mempunyai kamera utama 50MP, lensa AI dan flash empat-LED.

Spark 10 Pro menampilkan cipset Helio G88, RAM 8GB + 8GB (maya) dan bateri 5,000mAh dengan pengecasan 18W melalui USB-C. Butang kuasa yang terletak di sisi kanannya turut berfungsi sebagai pengimbas cap jari. Ciri lain termasuk storan 256GB, dwi 4G VoLTE, Wi-Fi, Bluetooth, NFC dan bicu audio 3.5mm.

Spark 10 Pro mempunyai belakang kaca dan berukuran 168.41 x 76.21 x 8.46mm. Ia hadir dalam pilihan warna Starry Black dan Pearl White. Telefon bimbit itu dijangka tiba dalam dua varian seperti 8GB + 128GB dan 8GB + 256GB. Harganya mungkin bermula Rs 10,000 (~RM546) di India.

Ia akan membawa harga bawah RM1,000 sekiranya tiba di Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version