Site icon TechNave BM

TECNO Spark 20 dilancar: Dilengkapi Helio G85, skrin 90Hz, bateri 5,000mAh bermula ~RM600

TECNO akan melancarkan telefon pintar kelas permulaan terbaru, TECNO Spark 20, pada hari Jumaat, 2 Februari 2024 di India. Ia mempunyai beberapa spesifikasi yang boleh dijangka untuk telefon kelas permulaan seperti skrin LCD berukuran 6.56 inci dengan resolusi HD+ dan kadar segar semula 90Hz.

Spesifikasi dalamannya pula terdiri daripada cipset MediaTek Helio G85, RAM 8GB, storan dalaman 256GB dan bateri 5,000mAh yang menyokong kadar pengecasan 18W. Sistem operasinya adalah Android 13 dengan antara muka HiOS 13, manakala storannya boleh dibesarkan dengan kad microSD sehingga 1TB.

Di belakang, ia mempunyai dua kamera, termasuklah kamera utama 50MP manakala di hadapan pula terdapat kamera swafoto 32MP yang berada dalam lubang tebuk. Satu ciri yang menarik adalah kamera swafotonya turut mempunyai lampu denyar (flash).

Daripada segi audio, telefon ini mempunyai bicu audio 3.5mm dan pembesar suara stereo DTS. Badannya ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu hitam, kuning, putih dan biru serta mempunyai rating kalis air IP53.

TECNO Spark 20 akan dijual di India pada harga INR10,499 (~RM600) dan setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Tecno India

Exit mobile version