Site icon TechNave BM

TECNO Spark 20 Pro bakal dilancar, tampilkan prestasi ‘gaming’ hebat

Banyak telefon pintar baharu akan dilancarkan pada Januari 2024 untuk menyambut tahun baharu sambil menampilkan reka bentuk dengan spesifikasi yang dipertingkatkan. Kini, TECNO akan melancarkan Spark 20 Pro dengan slogan ‘zaman baru permainan pintar, hampir tiba’.

Berdasarkan video promosi yang dimuat turun oleh TECNO Malaysia, ia membawa reka bentuk rata di bahagian belakang dan sisi. Kamera belakangnya memberi susunan tiga bulatan cincin yang hampir menyerupai siri iPhone terkini pada dataran nipis. Nampaknya, ia akan membawa dua warna iaitu emas dan hitam ataupun lebih.

https://bm.technave.com/wp-content/uploads/2024/01/RPReplay_Final1704167023.mp4

Panahan petir pada peranti menunjukkan bahawa telefon ini bakal membawa prestasi hebat terutamanya dalam bidang gaming. Setakat ini, tiada butiran mengenai TECNO Spark 20 Pro didedahkan dan hanya jangkaan berdasarkan video di atas.

Apakah spesifikasi yang bakal ditawarkan oleh TECNO Spark 20 Pro? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Facebook TECNO Malaysia

Exit mobile version