Site icon TechNave BM

TECNO Spark 20 Pro dilancar di Malaysia: Helio G99, skrin 6.78″ 120Hz dan kamera 108MP bermula RM699

Baru-baru ini, TECNO SPARK 20 Pro telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Terdapat dua pilihan varian dalam model ini iaitu 8/256GB berharga RM699 dan 12/256GB berharga RM799. Sorotan utama telefon ini ialah memori ROM 256GB + RAM 16GB (8GB + 8GB boleh kembang) dan memori ROM 256GB + RAM 21GB (12GB + 9GB memori boleh dikembangkan).

Ia dilengkapi dengan Mediatek Helio G99 dan bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan Super Charge 33W. Bahagian belakangnya terdapat kamera utama Ultra Sensing 108MP manakala bahagian hadapan mempunyai kamera swafoto 32MP dengan 3 mod pencahayaan.

Paparannya menggunakan FHD+ 6.78 inci dengan kadar segar semula 120Hz. Bahagian pembesar suara pula memiliki kelantangan sehingga 400% lebih kuat. Selain itu, sistem operasinya menampilkan Android 13. Terdapat tiga pilihan warna yang hadir iaitu Moonlit Black dan Sunset Blush.

Spesifikasi lengkap TECNO SPARK 20 Pro:

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version