Site icon TechNave BM

TECNO Spark 30 5G dilancar di Malaysia: Skrin 120Hz, kamera 108MP, pembesar suara stereo bermula RM549

TECNO Malaysia telah melancarkan sebuah telefon pintar baharu yang mampu milik iaitu TECNO Spark 30 5G. Dengan harga bermula RM549 sahaja, ia mempunyai beberapa spesifikasi menarik yang membezakannya dengan telefon mampu milik lain, seperti skrin LCD 120Hz, kamera 108MP dan bateri 5,000mAh.

Antara ciri menarik termasuklah skrin LCD 120Hz berukuran 6.67 inci dan resolusi HD+. Dengan kadar segar semula yang setinggi 120Hz, ia membuatkan sebarang leretan pada skrin nampak lancar.

Cipsetnya pula menggunakan MediaTek Dimensity 6300 (6nm) untuk menawarkan prestasi yang memuaskan untuk peranti mampu milik. Baterinya yang berkapasiti 5,000mAh bermaksud ia boleh tahan selama lebih daripada sehari, manakala pengecasannya menyokong kadar 18W.

Satu lagi ciri menarik adalah pembesar suara stereo, sesuatu yang jarang ada pada telefon kategori harga ini. Kameranya pula menggunakan sensor 108MP sebagai kamera utama di belakang, dan di hadapan pula menggunakan sensor 8MP.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk TECNO Spark 30 5G:

@tecnomalaysia Spark 30 5G baharu kini dilancarkan secara rasmi! Dapatkannya sekarang dan alami kuasa luar biasa seperti tidak pernah sebelum ini. #TECNO #TECNOMY #tecnomalaysia #sparkseries #spark30series #spark305g #smartphone #honorofkings #hok #MYSuperBrandDayTecno #TikTokShopSuperBrandDayMY ♬ original sound – TECNO Malaysia

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version