TECNO Malaysia telah mengeluarkan telefon pintar bajet baharu untuk pasaran tempatan iaitu TECNO Spark Go 2023. Peranti ini menampilkan beberapa spesifikasi kompetitif pada harga yang rendah. Spark Go 2023 dilengkapi oleh cipset MediaTek Helio A22, RAM 4GB (memori tambahan 3GB) dan storan 64GB.
Terdapat juga bateri 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 10W melalui port USB-C. Paparannya menggunakan skrin LCD IPS 6.6 inci dengan resolusi 720 x 1600 piksel dan takuk titisan air yang menempatkan kamera swafoto 5MP. Bahagian belakang pula terdapat kamera AI 13MP dengan denyar dwi-LED.
Spesifikasi lain termasuk dwi SIM, pengimbas cap jari yang dipasang di belakang, slot kad mikroSD, bicu audio 3.5mm dan Android 12 menggunakan antara muka HIOS 12. Di Malaysia, Spark Go 2023 ditawarkan dalam pilihan warna Uyuni Blue, Endless Black dan Nebula Purple dengan harga RM299 sahaja.
Untuk maklumat lanjut mengenai peranti ini, sila lawati laman rasmi TECNO Malaysia di sini dan membelinya di Shopee atau Lazada. Kongsi pendapat anda tentang Spark Go 2023 di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

