Site icon TechNave BM

Tecnomar Lamborghini 63 dengan rekaan memukau, kelajuan 111 km/j!

Pernahkah anda membayangkan percutian mewah menaiki bot luncur seperti dalam filem? Mungkin kali ini, anda boleh membayangkan berada di dalam Lamborghini di atas laut yang sememangnya wujud dengan rekaan memukau!

Sebuah syarikat bernama Tecnomar telah berkolaborasi dengan syarikat Lamborghini untuk membina sebuah motobot 63 kaki edisi khas yang bakal dilancarkan pada tahun hadapan.

Jika anda melihat pada gambar, rekaannya sedikit sebanyak berinspirasikan pelbagai model Lamborghini seperti Sian FKP 37, kereta konsep Terzo Millennio, Lamborghini Miura dan Countach.

Jolokan nama Lamborghini 63 ini bakal dikuasakan diesel berkembar 2000-hp MAN yang membekalkan kelajuan 69 batu sejam (mph) bersamaan 111 km/j. Gabungan kelajuan dan reka bentuk supercar ini, pastinya bakal pemiliknya adalah bukan calang-calang orang.

Adakah anda teruja dengan reka bentuknya? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Robb Report

Exit mobile version