Persatuan Komunikasi Mudah Alih Untuk Sistem Global (GSMA) semalam menjelaskan bahawa teknologi 5G tidak akan menjejaskan kesihatan pengguna seperti yang didakwa oleh pihak-pihak tertentu.
Menurut Pengarah Kanan Penyelidikan dan Kelestarian GSMA, Dr Jack Rowley, 2,900 kajian tentang komunikasi mudah alih sudah pun dilaksanakan oleh para penyelidik seluruh dunia dan tiada hasil kajian yang menyokong dakwaan tersebut.
Dalam ucapan di Persidangan Antarabangsa 5G Malaysia 2020 di Langkawi semalam, beliau berkata dakwaan itu sudah muncul sejak pengenalan 2G, 3G dan 4G tetapi tiada sebarang perubahan yang ketara dalam pendedahan peribadi. Rowley turut menjamin bahawa 5G beroperasi di bawah garis panduan keselamatan yang melindungi orang awam dan alam sekitar.
Apa pendapat anda tentang pengenalan 5G di Malaysia? Kongsikannya di Facebook kami dan terus bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: BERNAMA

