Site icon TechNave BM

Teknologi imbas wajah untuk rekod kehadiran warga sekolah di Johor

Teknologi pengimbasan wajah banyak digunakan pada peranti teknologi seperti telefon pintar untuk tujuan identiti keselamatan dan privasi. Penggunaan teknologi ini masih kurang meluas melalui aspek pengurusan dan sebagainya.

Terkini, Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Perling mengangkat tenologi pengimbasan wajah sebagai cara untuk merekod kehadiran warga sekolah tersebut. Memetik daripada Siakap Keli, Guru Besar sekolah tersebut Zamri Abd Wahab berkata bahawa teknologi tersebut dapat melancarkan pengurusan seharian dan mengurangkan beban kerja guru.

Beliau juga berharap agar penggunaan teknologi ini dapat menarik minat murid untuk meneroka bidang teknologi maklumat (IT). Myrahub Foundation merupakan pertubuhan yang telah menyumbangkan kos untuk teknologi ini.

Sepertinya kita perlu memberi cadangan kepada majikan kita untuk menggunakan teknologi imbas wajah. Anda pernah menemui syarikat atau organisasi yang menggunakan teknologi ini? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi tempatan terkini.

Sumber: Siakap Keli | BERNAMA

Exit mobile version