Site icon TechNave BM

Teknologi kamera baru ini tak akan buat bonggol kamera di telefon kelihatan tebal

Semakin lama, sistem optik kamera yang lebih maju menyumbang kepada bonggol kamera yang lebih tebal dan menonjol. Mungkin ada pengguna yang tidak kisah, namun ada juga pengguna yang tidak menyukainya. Menurut sumber, terdapat sebuah syarikat mempunyai teknologi kamera yang tidak akan menyebabkan bonggol kamera menjadi lebih menonjol walaupun saiz lensa besar.

Syarikat Metalenz menawarkan lensa rata yang menampilkan teknologi metapermukaan optikal. Walaupun megapiksel kamera semakin besar, namun bonggol kamera masih kelihatan rata dan tidak berbonjol. Teknologi ini menggunakan satu lensa yang dibina pada wafer kaca berukuran 3×3 mm dengan struktur nano yang boleh memancarkan cahaya kepada sensor.

Untuk pengetahuan anda, sistem optik pada kamera telefon pintar biasanya mengandungi di antara empat hingga tujuh elemen lensa, berbeza dengan Metalenz yang hanya menawarkan satu lensa rata, tetapi kualiti imej sama.

Gambar bonggol kamera OPPO Find X3 yang bakal dilancar sekadar hiasan

Nampanya, sistem pengimejan di telefon pintar mungkin akan lebih berkembang dan tidak akan memberi kesan kepada bonggol kamera. Setakat ini, kami tidak mengetahui jenama telefon pintar manakah yang akan mengaplikasikan teknologi dari Metalenz.

Apakah pendapat anda pula? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Wired

Exit mobile version