Site icon TechNave BM

Teknologi Qualcomm Quick Charge 5.0 dilancar, mampu cas 50% sepantas 5 minit sahaja

Pada hari ini, syarikat elektronik Qualcomm telah memperkenalkan teknologi pengecasan Quick Charge 5.0. Ia adalah platform pengecasan pantas komersial pertama di dunia yang boleh menyokong lebih daripada 100W dalam telefon pintar.

Menurut laman web Qualcomm, pengecasan melalui teknologi ini boleh mengecas sebanyak 50% dalam masa lima minit sahaja. Jika dibandingkan dengan Quick Charge 4/4+, ia adalah empat kali lebih pantas, 70% lebih cekap dan suhu lebih rendah sebanyak 10°C.

Selain itu, Qualcomm juga memperkenalkan Qualcomm Battery Saver dan Qualcomm Smart Identification of Adapter Capabilities bagi membantu memanjangkan tempoh penggunaan bateri dalam peranti pengguna. Quick Charge 5 kini sedang diuji oleh pelbagai jenama telefon pintar dan ia dijangkakan akan berada dalam pasaran bermula suku ketiga 2020.

Quick Charge 5 akan disokong dalam cipset Snapdragon 865, Snapdragon 865 Plus dan lain-lain cipset Snapdragon premium yang akan datang. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Qualcomm Press Release

Exit mobile version