Site icon TechNave BM

Teksi udara mula beroperasi secara komersial di Dubai bermula tahun ini

Perkhidmatan teksi udara Joby Aviation kini mula beroperasi secara komersial di Dubai selepas menandatangani perjanjian eksklusif selama enam tahun bersama pihak berkuasa pengangkutan tempatan. Teknologi ini pada asalnya dibangunkan di bawah unit Uber Elevate sebelum dijual sepenuhnya kepada Joby Aviation pada tahun 2020.

Pengguna boleh membuat tempahan penerbangan terus melalui aplikasi Uber hasil integrasi perkongsian antara kedua-dua syarikat tersebut. Pesawat elektrik jenis eVTOL yang digunakan mampu membawa empat orang penumpang dan seorang juruterbang pada satu masa.

Kelajuan maksimum pesawat mencecah 322 kilometer sejam dengan jarak perjalanan sejauh 160 kilometer bagi setiap pengecasan penuh. Sebanyak empat lokasi pangkalan udara utama atau vertiport telah mula beroperasi di kawasan strategik termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai.

Ia menggunakan enam motor elektrik yang direka khusus untuk mengurangkan gangguan bunyi. Pelancaran di Dubai merupakan langkah awal sebelum perkhidmatan ini diluaskan ke pasaran Amerika Syarikat dan United Kingdom. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Uber

Exit mobile version