Site icon TechNave BM

Telefon andalan HONOR Snapdragon 888, Dimensity 1200 akan dilancar tahun ini

Pelbagai pihak termasuklah pengguna dan peminat HONOR pasti mendambakan tiada lagi sekatan perkhidmatan terhadap jenama tersebut setelah ia kini berdiri sendiri. Terkini, terdapat sumber yang mendakwa bahawa peranti HONOR dengan cipset andalan dari Qualcomm dan MediaTek bakal dilancar.

Menurut pendedah maklumat terkenal di laman Weibo, HONOR bakal melancarkan telefon dengan cipset andalan seperti Snapdragon 888, MediaTek Dimensity 1200 dan Dimensity 1100 bermula pada pertengahan tahun ini.

Sebenarnya, sudah terdapat berita sebelum ini yang menyatakan bahawa CEO HONOR mengesahkan pengeluaran telefon andalan pada masa hadapan. Peranti HONOR selepas ini juga dilapor bakal dilengkapi servis Google.

Apa pun, kita perlu menunggu maklumat rasmi dari pihak HONOR sendiri. Beritahu pendapat anda mengenai berita ini di laman Facebook kami dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Digital Chat Station

Exit mobile version