Site icon TechNave BM

Telefon Android anda bakal dilengkapi ciri Hibernation, kurangkan saiz aplikasi yang anda tak guna

Terkini, pasukan dari Android Open Source Project dilapor sedang menyediakan ciri baru dipanggil Hibernation pada perisian Android. Dengan ini, telefon Android anda bakal dilengkapi ciri Hibernation dimana ia boleh mengurangkan saiz aplikasi yang anda tidak gunakan di peranti.

Untuk pengetahuan anda, ciri Hibernation bagaimanapun masih berada di awal tahap pembangunan, jadi ia mungkin hadir pada perisian Android 12. Aplikasi yang tidak digunakan akan berhibernasi, jadi sistem akan mengurangkan ruangan storan yang diambil oleh aplikasi dan mengoptimumkan kegunaannya.

Menurut penjelasan, ia secara asasnya membersihkan cache aplikasi. Ciri ini boleh menjimatkan ruangan storan, namun tidak pasti bagaimana ia membersihakan data aplikasi yang telah dimuat turun. Ciri ini kelihatan seperti ciri Offload Unused App pada iOS, tetapi ciri pada iOS membuang aplikasi secara terus, hanya meninggalkan ikonnya sahaja untuk aplikasi yang tidak digunakan.

Apakah pandangan anda mengenai ciri Hibernation ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 1 | 2

Exit mobile version