Site icon TechNave BM

Telefon bajet realme seterusnya tidak menyediakan pengecas di dalam kotak

Seperti Apple dan jenama peranti lain, realme telah mengumumkan bahawa mereka tidak akan menyediakan pengecas di dalam kotak. Baru-baru ini, cawangan realme di Indonesia memperkenalkan realme Narzo 50 Prime di mana kotak runcit tidak menyediakan pengecas. realme turut mengatakan bahawa perkara yang sama akan berlaku di India.

Syarikat itu berkata bahawa keputusan ini telah diambil dengan fokus pada kemampanan dan percubaan untuk mengurangkan pelepasan karbonnya. Sungguh pun begitu, realme masih berhati-hati dengan keputusan ini dan ia mungkin tidak akan dikenakan kepada telefon penting seperti realme GT 2 Pro atau realme 9 4G yang bakal dilancarkan pada minggu ini.

Mereka mengatakan bahawa pengguna mempunyai banyak pengecas 10W di rumah maka ini merupakan langkah terbaik untuk menjaga sistem alam sekitar. Namun begitu, kebanyakan telefon Android menyokong pengecasan yang lebih pantas seperti realme Narzo 50 Prime dengan sokongan pengecasan 18W.

Oleh yang demikian, pengecas 10W tidak akan digunakan pada telefon ini dan pengguna mungkin terpaksa membeli pengecas daripada realme atau daripada pihak ketiga untuk mendapatkan kadar pengecasan 18W.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Techradar

Exit mobile version