Site icon TechNave BM

Telefon baru Google, Google Pixel XE tertiris di dalam talian

Baru-baru ini, beberapa gambar peranti terbaru Google telah tertiris di dalam talian. Berdasarkan gambar tersebut, peranti ini akan hadir dengan nama Google Pixel XE.

Gambar tersebut juga menunjukkan peranti ini bakal dilengkapi skrin dengan rangka yang lebar pada sisinya. Pada bahagian tengah atas skrin peranti ini, terdapat sebuah kamera swafoto.

Peranti ini juga dilihat akan menyokong NFC dan mempunyai dua slot kad SIM. Buat masa ini, tiada spesifikasi yang lebih lanjut mengenai Google Pixel XE ini. Ia berkemungkinan tidak akan dilancarkan pada tahun ini kerana Google baru sahaja melancarkan Pixel 4a 5G dan Pixel 5 dua bulan yang lalu.

Adakah peranti ini adalah pengganti kepada Pixel 5a? Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizchina

Exit mobile version