“Nak BB pin boleh?”. Mungkinkah soalan ini akan timbul kembali pada tahun hadapan?Kelihatannya, Blackberry masih belum tamat memandangkan ia bakal kembali pada tahun hadapan!
Sebuah syarikat OnwardMobility mengumumkan kolaborasinya dengan Blackberry dan FIH Mobile untuk menghasilkan telefon pintar baharu dengan jenama Blackberry pada tahun hadapan.
Syarikat ini mengesahkan bahawa sokongan 5G pada peranti melalui kenyataannya yang menekankan kepentingan 5G melalui peranti Blackberry. Peranti dengan pad kekunci fizikal ini bakal dijana oleh Android dan bakal tersedia di Eropah dan Amerika Utara.
Malangnya, peranti Blackberry yang akan hadir pada tahun hadapan ini mungkin hanya tersedia untuk syarikat sekuriti, kerajaan atau mana-mana syarikat yang bekerja dengan data sensitif sahaja, bukan untuk pengguna awam. Apa pun, laman e-dagang tertentu pasti menjualnya untuk anda bukan?
Apa pun, masihkah ada harapan untuk pengguna awam menggunakan kembali peranti Blackberry? Luahkah pandangan anda terhadap hal ini di laman Facebook kami dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: GSMArena
Gambar utama ihsan Blackberry Key2

