Site icon TechNave BM

Telefon boleh lipat Motorola Razr generasi kedua kembali lagi pada September ini

Motorola Razr merupakan antara pencetus telefon pintar boleh lipat dalam industri teknologi. Motorola Razr mendapat liputan meluas daripada pengulas teknologi di seluruh dunia yang mengulas mengenai pelbagai aspek terutama ketahanannya. Terkini, Motorola dilaporkan akan melancarkan Motorola Razr generasi kedua pada bulan September ini.

Jangkaan tersebut dinyatakan oleh pengurus Lenovo Afrika Selatan melalui sebuah audio siar bersama Reframed Tech semasa membincangkan tentang kritikan mengenai telefon lipat Razr. Beliau menyatakan bahawa terdapat versi baharu untuk Razr yang bakal hadir, dijangka pada bulan September. Ekesekutif Lenovo (Motorola) ini mengulang kembali mengenai generasi kedua telefon lipat ini dalam minit lain melalui audio siar tersebut.

Selain daripada pengesahan ini, masih tiadak ura-ura lain mengenai peranti boleh lipat Motorola Razr generasi kedua. Melihat kepada kritikan Motorola Razr sebelum ini, pastinya jenama syarikat tersebut sedar dan memperbaik kritikan tersebut. Mungkin kita boleh menjangkakan kualiti dan daya tahan yang lebih baik? Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Android Authority

Exit mobile version