Site icon TechNave BM

Telefon dengan pengecasan Xiaomi HyperCharge 200W dijangka akan dipasarkan bermula 2022

Pada awal tahun ini, Xiaomi telah memperkenalkan teknologi pengecasan Xiaomi HyperCharge yang boleh menyalurkan pengecasan pada kadar 200W dalam telefon pintar. Walau bagaimanapun, mereka tidak menyatakan bilakan telefon yang dilengkapi teknologi tersebut akan dipasarkan secara komersial.

Kini terdapat laporan mengatakan bahawa telefon yang dilengkapi teknologi pengecasan HyperCharge 200W hanya akan dijual bermula bulan Jun 2022. Ia dijangka akan dilengkapkan dalam varian tercanggih untuk siri telefon andalan Xiaomi seterusnya yang mungkin digelar Xiaomi Mi 12 Ultra.

Sewaktu teknologi ini diperkenalkan pada bulan Mei 2021, Xiaomi menunjukkan demonstrasi menggunakan Mi 11 Pro yang dilengkapi bateri 4,000mAh. Pengecasan 200W boleh mengecas penuh sepantas lapan minit, manakala pengecasan 120W pula boleh mengecas penuh sepantas 15 minit.

Kongsi pendapat anda tentang teknologi ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version