Site icon TechNave BM

Telefon dengan RAM kurang daripada 2GB tidak akan mendapat akses penuh untuk Android 11

Anda mungkin perlu meneliti jumlah RAM dalam telefon anda jika anda ingin menggunakan Android 11 kelak. Menurut sebuah laporan daripada Google yang telah dibocorkan, syarikat itu mengatakan telefon yang mempunyai RAM kurang daripada 2GB akan dikecualikan daripada menggunakan Android 11.

Sebaliknya, semua telefon baru yang dilancarkan bermula suku keempat 2020 yang mempunyai RAM 2GB perlu menggunakan Android Go, iaitu versi yang dikhaskan untuk peranti kelas permulaan. Ini termasuklah untuk telefon baru yang dilengkapi Android 10 atau Android 11.

Android Go adalah versi Android yang lebih ringan, dengan kebanyakan aplikasinya ditawarkan dalam versi Lite agar ia boleh digunakan secara lancar walaupun dengan spesifikasi yang rendah. Langkah mengehadkan RAM untuk Android 11 ini mungkin ada manfaatnya kerana telefon kelas permulaan mungkin tidak dapat menyokong sistem operasi itu dengan baik.

Tetapi anda tidak perlu risau jika telefon anda mempunyai sekurang-kurangnya 2GB untuk RAM. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: XDA Developers

Exit mobile version