Site icon TechNave BM

Telefon dengan Snapdragon 865, bukan Snapdragon 865+, yang menguasai carta AnTuTu September 2020

Perkhidmatan penanda aras telefon pintar AnTuTu telah mengeluarkan senarai markah telefon pintar untuk September 2020. Untuk kategori flagship, iQOO 5 Pro mengatasi senarai tersebut dengan markah 663,752 manakala variannya yang lebih rendah, iQOO 5, dapat tempat kedua dengan 662,165 mata.

Ini mengatasi markah telefon terbaik pada bulan Ogos, Xiaomi Mi 10 Ultra, yang meraih 648,624 mata. Semua markah dinilai menggunakan AnTuTu V8 sepanjang tempoh 1-30 September.

Semua telefon dalam kategori flagship dilengkapi cipset Snapdragon 865, kecuali ASUS ROG Phone 3 dan Lenovo Legion Phone Duel Duel yang dilengkapi cipset Snapdragon 865 Plus, masing-masing mendapat tempat kelima dan keenam.

Bagi kategori telefon kelas pertengahan pula, telefon dengan cipset Snapdragon berada di tempat tercorot dalam senarai iaitu tempat kesembilan dan kesepuluh untuk Redmi K30 5G dan OPPO Reno4 5G. Tempat teratas diraih oleh Redmi 10X Pro 5G dan Redmi 10X 5G, kedua-duanya dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 820.

Perlu diingati bahawa semua telefon pintar ini menggunakan spesifikasi yang terdapat dalam pasaran China. Jika menggunakan spesifikasi yang terdapat untuk pasaran antarabangsa, markahnya mungkin berlainan. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: AnTuTu

Exit mobile version