Site icon TechNave BM

Telefon “gaming” ASUS ROG Phone 5, bukan ROG Phone 4 sah dilancar 10 Mac ini!

Terkini, ASUS telah mengumumkan tarikh pelancaran rasmi untuk ASUS ROG Phone 5. Terdahulu, siri ASUS ROG Phone 3 masih lagi hangat di pasaran dan ASUS secara sahnya bakal melangkau daripada menggunakan angka “4”, menjadikannya sebagai ASUS ROG Phone 5.

Menurut paparan poster di laman pengiraan detik pelancaran ASUS ROG Phone 5, ia bakal dilancar pada 10 Mac 2021, jam 7 malam (waktu Malaysia). Poster turut memperlihatkan rekaan lampu AniMe Matrix seperti yang ada pada Zephyrus G14, bakal hadir di badan peranti ASUS ROG Phone 5.

Sepintas lalu, ASUS ROG Phone 5 dijangka hadir dengan Snapdragon 888, skrin dengan kadar segar semula sehingga 144Hz, bateri 6000mAh dan RAM sehingga 16GB. Peranti gaming keluaran ASUS ini adalah antara peranti gaming yang popular.

Apa pun, kami masih tidak mendapat maklumat mengenai tarikh pelancaran dan jualannya di pasaran Malaysia. Adakah anda teruja dengan ASUS ROG Phone 5? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: cool3c

Exit mobile version