Site icon TechNave BM

Telefon gaming Lenovo akan dilengkapi pengecasan 90W, terpantas dalam dunia

Sebelum ini, terdapat laporan bahawa Lenovo sedang dalam proses membina sebuah telefon pintar gaming yang dikuasai oleh cipset Snapdragon 865. Kini Lenovo mengesahkan bahawa telefon pintar gaming Lenovo Legion akan dilengkapi pengecasan pantas 90W, menjadikannya telefon dengan teknologi pengecasan terpantas dalam dunia.

Pada waktu artikel ini ditulis, pengecasan terpantas dalam telefon adalah teknologi SuperVOOC 2.0 65W dalam sesetengah peranti OPPO yang boleh mengecas bateri 4,000mAh dalam masa lebih kurang setengah jam. Xiaomi dan vivo pula masih lagi menguji pengecasan pantas 100W dan 120W.

Walaupun pengecasannya sudah disahkan, kapasiti baterinya masih belum diketahui. Menurut laporan sebelum ini, ia bakal dilengkapi bateri 5,050mAh, RAM 8GB, storan 256GB dan sistem penyejukan khas.

Adakah anda berminat dengan telefon Lenovo Legion? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version