Site icon TechNave BM

Telefon ‘gaming’ Lenovo Legion dilaporkan dihuni cipset misteri Snapdragon 865 Plus, cas pantas 90W

Terkini, terdapat sumber yang mendedahkan bahawa peranti gaming Lenovo Legion bakal hadir dengan spesifikasi yang menonjol iaitu pengoperasian cipset Snapdragon 865 Plus.

Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa khabar di internet sebelum ini yang menyatakan bahawa besar kemungkinan Qualcomm tidak merancang untuk mengumumkan Snapdragon 865 Plus. Namun, pendedahan terkini mungkin menidakkan anggapan itu jika benar peranti Lenovo Legion ini dihuni cipset Snapdragon 865 Plus.

Ia juga didedahkan bakal memiliki teknologi pelesapan haba yang baik dan skrin tidak kurang daripada 90Hz. Sebelum ini, kami pernah memaklumkan mengenai spesifikasi jangkaannya termasuklah skrin 144Hz, RAM LPDDR5, storan UFS 3.0.

Kami juga ada memaklumkan mengenai petanda awal pelancarannya, memandangkan ia telah melepasi kelulusan produk di China.

Apakah pandangan anda terhadap peranti gaming Lenovo Legion yang pertama ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version