Site icon TechNave BM

Telefon “gaming” Lenovo Legion ‘Halo’ mungkin membawa cipset Snapdragon 8 Gen 1 Plus

Bagi mereka yang mengikuti Lenovo, anda pasti tahu bahawa Lenovo sentiasa melancarkan telefon gaming pada setiap tahun. Menurut sumber, selain Lenovo Legion Y90 yang dijangka dilancarkan pada 23 Mac 2022, syarikat itu mungkin mengeluarkan telefon gaming kedua pada tahun ini.

Menurut Evan Blass, Lenovo sedang membangunkan telefon pintar dengan nama kod ‘Halo’. Peranti ini mungkin membawa nama Lenovo Legion dengan reka bentuk standard. Telefon ini didakwa akan hadir dengan cipset Qualcomm SM8475 yang dipercayai merupakan varian daripada Snapdragon 8 Gen 1. 

Selain itu, peranti ini juga akan dilengkapi konfigurasi RAM LPDDR5 8/12/16GB dengan storan UFS 3.1 128/256GB. Ia mempunyai kapasiti bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 68W, tri-kamera belakang 50MP+13MP+2MP dan kamera lubang tebuk (punch-hole) hadapan 16MP. Bagi paparan, telefon pintar Lenovo ini akan menggunakan panel OLED FHD+ 6.67 inci dengan kadar penyegaran 144Hz.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: TechNaveEN

Exit mobile version