Site icon TechNave BM

Telefon ‘gaming’ Lenovo Legion sah bakal dilancarkan Julai ini

Bersediakah anda untuk menerima sebuah lagi siri baru telefon pintar khusus untuk gaming ? Terkini, Lenovo Legion telah memuat naik poster acahan peranti gaming Lenovo Legion, sekaligus memaparkan garis masa pelancarannya iaitu pada bulan Julai ini.

Terdahulu, terdapat pelbagai spekulasi petanda pelancaran, spesifikasi dan ciri teknologi termasuklah Snapdragon 865 Plus walaupun cipset tersebut tidak pernah diumumkan oleh Qualcomm sebelum ini. Besar kemungkinan, ia dihuni cipset flagship terkini iaitu Snapdragon 865, namun dijangka bakal mendahului peranti lain dalam penanda aras AnTuTu.

Ia juga dilaporkan mungkin bakal hadir dengan pengecasan pantas sehingga 90W, teknologi penyejukan peranti dan aksesori gamepad. Lebih menarik, ia dikatakan dilengkapi kamera pop-up di sisi. Memandangkan ia bakal dilancarkan, mungkin internet bakal menerima pelbagai maklumat lagi pada hari-hari akan datang.

Adakah anda teruja untuk menerima kedatangan peranti ini di pasaran teknologi? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version