Site icon TechNave BM

Telefon “gaming” Lenovo Legion Y90 akan dilancar pada 1 Januari 2022

Syarikat teknologi Lenovo telah mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan sebuah telefon pintar gaming Lenovo Legion Y90 pada 1 Januari 2022 di China. Ini adalah telefon gaming terbaru daripada Lenovo selepas Lenovo Legion Phone Duel 2 dan juga telefon gaming pertama untuk 2022.

Lenovo turut berkongsi beberapa spesifikasi untuk telefon tersebut, iaitu skrin AMOLED E4 berukuran 6.92 inci dengan kadar segar semula 144Hz dan kadar bacaan sentuhan 720Hz.

Bagi menyejukkan dalaman telefon itu sewaktu gaming, ia turut dilengkapi sistem penyejukan udara untuk prestasi pantas yang boleh kekal lama. Menurut sebuah tangkapan skrin dalam Weibo, Legion Y90 boleh bermain game pada kadar 120fps namun masih boleh kekal sejuk walaupun selepas bermain game selama 20 ke 30 minit.

Setakat ini, masih tidak diketahui sama ada telefon itu akan menggunakan cipset Snapdragon 888 atau Snapdragon 8 Gen 1. Baru-baru ini, Lenovo juga telah melancarkan tablet gaming iaitu Lenovo Legion Y700 dengan skrin 8.8 inci dan kadar 120Hz.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon gaming Lenovo ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Weibo

Exit mobile version