Site icon TechNave BM

Telefon “gaming” nubia Red Magic 6 akan dilancar pada 4 Mac

Sejak awal tahun ini, nubia telah mengacah kehadiran telefon pintar gaming nubia Red Magic 6 yang bakal dilengkapi spesifikasi tercanggih. Kini, syarikat itu sudah pun mengesahkan tarikh pelancarannya iaitu pada 4 Mac, 7:00 malam waktu China dan Malaysia.

Dalam sebuah tulisan di Weibo, naib presiden nubia Ni Fei mengatakan Red Magic 6 akan dilengkapi empat teknologi telefon pintar tercanggih. Beliau turut berkongsi sebuah poster iklan yang menunjukkan gambar kereta lumba dan empat logo di bawahnya yang mungkin menunjukkan skrin dengan kadar segar semula yang tinggi, pengecasan pantas, bacaan sentuhan yang lebih pantas dan kipas penyejukan dalam telefon itu.

Sebelum ini, Red Magic 6 disahkan akan mempunyai bateri 4,500mAh dan pengecasan pantas 120W. Selain itu, ia juga akan ditawarkan dalam sebuah model khas iaitu nubia Red Magic 6 Edisi Tencent Games.

Sebuah lagi telefon andalan yang akan dilancar pada hari tersebut adalah realme GT yang turut menggunakan kereta lumba dalam pengiklanannya.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan nubia Red Magic 6 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Weibo

Exit mobile version