Site icon TechNave BM

Telefon ‘gaming’ redmi dengan Dimensity 1200 mungkin dilancar pada bulan ini

Sebelum ni, realme telah memperkenalkan realme GT Neo di China sebagai telefon pertama dunia yang dilengkapi cipset Mediatek Dimensity 1200. Kini, sumber menyatakan bahawa Redmi juga sedang menghasilkan sebuah telefon gaming dengan cipset ini dan ianya mungkin akan dilancarkan pada bulan ini.

Berdasarkan sumber yang lalu, sebuah peranti Xiaomi telah dikesan dengan nombor model M2104K10C dan ianya adalah telefon siri Redmi dengan cipset Dimensity 1200. Peranti dengan nombor model ini telah muncul di beberapa pensijilan seperti TENNA dan 3C.

Selain dari itu, peranti ini juga hadir dengan nama kod Ares dan ia dikhabarkan akan menggunakan kamera kuad dengan kamera utama 64MP Sony IMX686. Untuk spesifikasi yang lain, ianya masih lagi kekal misteri.

realme GT Neo dijual di China dengan tanda harga bermula 1,799 Yuan (~RM1,135). Jadi, peranti gaming Redmi dengan cipset Dimensity 1200 juga mungkin akan dijual pada tanda harga yang hampir sama.

Nantikan berita lanjut mengenai telefon gaming Redmi di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi utama.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version