Site icon TechNave BM

Telefon ‘gaming’ Redmi muncul di pensijilan 3C dengan pengecasan pantas 67W

Beberapa hari yang lalu, Redmi telah mengesahkan bahawa mereka bakal melancarkan telefon gaming pertama mereka pada hujung bulan April ini. Terbaru, peranti tersebut telah dikesan di laman web pensijilan 3C.

Sebuah telefon Redmi dengan nombor model M2104K10C telah muncul di pensijilan 3C dan ianya merujuk kepada telefon gaming pertama Redmi. Berdasarkan penyenaraian tersebut, ia dilihat menyokong pengecasan pantas 67W.

Jika anda perasan, pengecas peranti ini hadir dengan nombor model MDY-12-EF dan ia adalah pengecas yang sama digunakan oleh peranti kelas andalan Xiaomi yang baru.

Sebelum ini, telefon gaming Redmi disahkan akan hadir dengan cipset Mediatek Dimensity 1200. Ia juga bakal hadir dengan tema “Call Of Duty” bersama gegeran haptik yang lebih baik.

Untuk spesifikasi lain, ia mungkin akan hadir dengan bateri 5,000mAh, kamera utama 64MP Sony IMX686 dan perisian MIUI 12.5 atas Android 11. Terdapat juga sumber yang menyatakan peranti ini mungkin akan dilancarkan dengan jenama POCO di pasaran India.

Apa pun, nantikan berita rasmi mengenai peranti gaming Redmi dalam masa terdekat di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version