Sebelum ini, Redmi dikhabarkan akan melancarkan telefon gaming mereka pada hujung bulan Mac yang lalu, namun ianya tidak berlaku. Terbaru, eksekutif Redmi memberi petanda bahawa peranti gaming mereka mungkin akan diumumkan di acara pelancaran Xiaomi hujung bulan ini.
Telefon gaming Redmi ini akan hadir dengan nama kod Ares dengan nombor model M2013K10C. Ia telah dikesan di pangkalan data IMEI India sebagai sebuah telefon POCO. Jadi, telefon ini dijangka akan dijenamakan semula ke jenama POCO selepas ianya dilancarkan di China.
Untuk spesifikasi pula, ia mungkin akan hadir dengan bateri 5000mAh dan pengecasan pantas 65W. Ia juga mungkin akan dilengkapi skrin AMOLED E4 jenis berlubang (punch-hole) untuk sebuah kamera swafotonya.
Seperti telefon gaming BlackShark yang terbaru, telefon gaming Redmi ini juga mungkin akan hadir dengan butang tambahan di bucu telefon yang dapat digunakan sewaktu bermain game.
Untuk cipsetnya pula, ia akan menggunakan Mediatek Dimensity 1200 5G yang menawarkan prestasi seperti Snapdragon 870 5G.
Buat masa ini, tiada lagi tarikh rasmi pelancaran peranti ini dan sebarang berita mengenai keberadaannya di pasaran Malaysia.
Lihat artikel lepas mengenai peranti gaming Redmi ini.
Nantikan berita akan datang mengenai peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber : Gizmochina

