Site icon TechNave BM

Redmi K40 Game Enhanced Edition sah dilancar pada 27 April ini!

Sejak beberapa minggu yang lalu, beberapa khabar angin mengenai telefon gaming Redmi telah mula muncul dalam talian. Terbaru, Redmi mengesahkan perkara ini dan menyatakan bahawa sebuah peranti gaming akan dilancarkan pada 27 April ini (7.30 PM masa tempatan China).

Redmi turut memberitahu nama rasmi peranti ini iaitu Redmi K40 Game Enhanced Edition. Selain itu, mereka juga menyatakan bahawa peranti ini akan hadir dengan reka bentuk yang nipis dan cantik, berbeza dengan kebanyakan telefon gaming jenama lain.

Melihat kepada poster yang ditunjukkan, reka bentuk modul kameranya adalah hampir sama seperti Redmi K40, namun panel belakang kini dilihat lebih bercorak. Pada sisi telefon ini, ia dilengkapi sebuah butang fizikal seperti yang ada dalam telefon Black Shark 4.

Untuk spesifikasinya, Redmi K40 Game Enhanced Edition dijangka akan menggunakan cipset Dimensity 1200 5G. Selain itu, ia juga dikatakan akan menggunakan skrin OLED E4 144Hz, bateri 5,000mAh dan pengecasan pantas 67W.

Telefon ini dijangka akan dijual pada tanda harga sekitar 2000 Yuan (~RM1,267). Ia juga dikhabarkan akan dilancarkan di India dengan jenama POCO.

Nantikan pelancaran Redmi K40 Game Enhanced Edition di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Weibo

Exit mobile version