Site icon TechNave BM

Telefon gulung LG dikhabarkan masuki pasaran akhir tahun ini, mungkin berharga ~RM10,352

Di acara CES 2021, selain TCL, LG juga telah mengacah akan kehadiran telefon gulungnya yang diberi nama LG Rollable. Terbaru, sumber menyatakan bahawa peranti ini mungkin akan memasuki pasaran selepas bulan September, pada akhir tahun 2021.

Selain dari itu, sumber juga memberitahu bahawa peranti LG Rollable ini akan dijual pada tanda harga $2560 (~RM10,352) di pasaran Amerika Syarikat. Harga ini sememangnya adalah harga yang premium, namun ianya tidak begitu jauh dari harga telefon lipat pertama Samsung, Galaxy Fold.

https://bm.technave.com/wp-content/uploads/2021/01/lgrollable.0.mp4

LG juga dikhabarkan perlu membaiki masalah yang berkaitan dengan bahagian mekanikal dan ketahanan peranti itu sebelum dijual kepada orang awam.

Adakah anda berminat dengan peranti gulung dari LG ini? Berikan pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version