Site icon TechNave BM

Telefon gulung LG Rollable dapat pengiktirafan Bluetooth SIG

Pada awal tahun ini, LG telah mengumumkan telefon baru dengan mekanisme skrin gulung iaitu LG Rollable. Walau bagaimanapun, keadaan tidak menentu dalam divisyen telefon pintar LG Electronics membuatkan telefon tersebut sesuatu yang diragui tentang pelancarannya kelak.

Kini terdapat maklumat baru yang mengesahkan kewujudan LG Rollable, di mana ia telah pun mendapat pengiktirafan oleh organisasi Bluetooth Special Interest Group (SIG). Telefon dengan nombor model LM-R910N itu akan menyokong hubungan Bluetooth 5.2.

Tiada maklumat lanjut diketahui tentang LG Rollable selain mekanisme skrinnya yang unik dan sokongan Bluetooth ini. Ini merupakan telefon pintar unik terbaru yang sedang diusahakan oleh LG, selepas pelancaran LG Wing pada tahun lepas yang menampilkan rekaan dwi-skrin yang boleh diputar 90 darjah.

Ini juga bukanlah telefon pertama dengan skrin gulung. Pada November lalu, OPPO telah mengumumkan OPPO X 2021 yang mempunyai skrin boleh digulung keluar sehingga 7.4 inci.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: My Smart Price

Exit mobile version