Site icon TechNave BM

Telefon HONOR akan datang sah bakal dilengkapi Google Mobile Services!

Selepas syarikat HONOR berpisah dari HUAWEI, ramai peminat mereka memikirkan masa depan peranti jenama ini terutamanya mengenai kehadiran Google dalam perantinya.

Kini, mereka boleh menarik nafas lega kerana CEO HONOR, George Zha menjelaskan bahawa tiada sebab yang menghalang mereka untuk bekerjasama dengan Google semula.

Buat masa ini, HONOR telah mengesahkan akan bekerjasama dengan Intel, AMD, Qualcomm dan juga Mediatek. Berdasarkan sumber, dua syarikat teknologi sudah mula mencorak langkah bersama HONOR.

HONOR telah melancarkan HONOR V40 5G di China pada minggu lepas. Namun, telefon tersebut dilihat tidak menggunakan Google Mobile Services.

HONOR V40 5G

Adakah HONOR V40 5G versi global nanti bakal hadir dengan Google Mobile Services? Komen pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version