Site icon TechNave BM

Seluruh peranti HONOR mungkin akan dilengkapi cipset Qualcomm bermula tahun hadapan

HONOR kini dilaporkan sedang berbincang dengan Qualcomm untuk melengkapkan telefon pintar premium mereka dengan cipset andalan (flagship) Snapdragon 888. Sebelum ini, telefon HONOR biasanya dilengkapi cipset HiSilicon Kirin kerana ia merupakan sebuah jenama di bawah naungan HUAWEI.

Qualcomm juga dikhabarkan akan membekalkan cipset untuk seluruh barisan produk HONOR seperti jam tangan pintar, gelang tangan pintar, televisyen dan lain-lain produk. Peranti HONOR yang dilengkapi cipset Qualcomm bakal dilancarkan seawal tahun hadapan. Sebelum ini, presiden Qualcomm Cristian Amon dilaporkan syarikatnya mengalu-alukan kerjasama dengan HONOR untuk menghasilkan produk yang lebih baik.

Walau bagaimanapun, HONOR masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi tentang isu ini namun memandangkan syarikat itu tidak lagi berada bersama HUAWEI, terdapat kemungkinan ia akan dilengkapi cipset Qualcomm. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Xueqiu

Exit mobile version