Site icon TechNave BM

Telefon HONOR pertama lepas ‘merdeka’, HONOR V40 sah dilancar 18 Januari ini

Terkini, HONOR dilihat sudah mengesahkan tarikh rasmi pelancaran HONOR V40 iaitu pada 18 Januari 2021. Untuk pengetahuan anda, HONOR V40 adalah peranti pertama keluaran HONOR setelah ia tidak lagi bernaung di bawah empayar HUAWEI.

Berdasarkan berita lepas, HONOR V40 bakal dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 1000+, menyokong cas pantas berwayar 66W, cas pantas wayarles 50W dan skrin 6.72 inci 120Hz. Melihat kepada poster, ia juga bakal hadir dengan skrin OLED melengkung.

Apa pun, berita rasmi mengenai spesifikasi HONOR V40 bakal tiba setelah hari pelancarannya dilangsungkan pada 18 Januari ini. Adakah anda berminat dengan peranti HONOR ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: IT Home

Exit mobile version