Site icon TechNave BM

Telefon HUAWEI selepas ini mungkin akan dilengkapi cipset Qualcomm

Berikutan larangan dagangan yang dikenakan terhadap HUAWEI, syarikat China itu kini tidak dapat menghasilkan cipset telefon pintarnya sendiri dengan HiSilicon. Terbaru, laporan dari China mengatakan bahawa Qualcomm sudah pun menerima lesen untuk membekalkan cipset kepada HUAWEI.

Menurut laporan tersebut, Qualcomm hanya akan membekalkan cipset kepada HUAWEI jika HONOR dipisahkan daripada HUAWEI. Ini adalah kerana Qualcomm setakat ini tidak mempunyai kapasiti untuk memenuhi permintaan cipset daripada HUAWEI.

Baru-baru ini terdapat laporan mengatakan bahawa HONOR akan dipisahkan HUAWEI dan dijual kepada syarikat China yang lain, jadi Qualcomm mungkin boleh membekalkan cipset kepada HUAWEI selepas ini. Selain itu, larangan dagangan yang masih berkuat kuasa terhadap HUAWEI mungkin akan menyukarkan keadaan buat Qualcomm.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version