Site icon TechNave BM

Telefon Huawei Y6 yang berharga RM499 selamatkan nyawa seorang warga UK

Berdasarkan satu pernyataan daripada TheSun.co.uk, seorang warganegara UK Beth McDermott, berjaya menghubungi talian kecemasan melalui telefon pintar Huawei miliknya setelah tidak sedarkan diri selama tiga hari akibat terjatuh daripada tangga di rumahnya.

Telefon pintar Huawei miliknya, Huawei Y6 ketika itu masih mempunyai 50% bateri walaupun setelah tiga hari tanpa pengecasan oleh kerana teknologi pengurusan aplikasi telefon pintar tersebut yang mampu membantu menjimatkan bateri.

Apakah pendapat anda tentang jangka hayat bateri Huawei Y6 yang berjaya menyelamatkan nyawa individu ini? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Diterjemahkan daripada TechNave.com

Exit mobile version