Site icon TechNave BM

Telefon Infinix dengan pengecas 160W telah dikesan dalam talian!

Baru-baru ini, sebuah syarikat telefon pintar Infinix dikhabarkan bakal menghasilkan sebuah peranti kelas andalan. Kini, telefon tersebut telah muncul dalam talian dan ia dilihat hadir dengan reka bentuk menarik dan pengecas 160W.

Telefon andalan itu dilihat hadir dengan reka bentuk hadapan tanpa bezel sisi. Ia juga mungkin akan menggunakan skrin AMOLED dengan potongan punch-hole pada atas kini serta sensor cap jari di bawah skrin.

Panel belakang telefon ini pula mempunyai logo ‘NOW’ yang besar dengan logo jenama Infinix yang lebih kecil pada kanan bawahnya. Untuk kamera, ia menggunakan modul kamera berbentuk petak yang menempatkan sebuah lensa besar dan dua sensor kecil.

Yang menarik perhatian mengenai peranti ini adalah sokongan pengecasan pantas 160W. Melihat kepada gambar yang tertiris, pengecas 160W itu hadir dengan nama Ultra Flash Charge.

Buat masa ini, tiada lagi berita mengenai pelancaran telefon andalan jenama Infinix. Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version