Site icon TechNave BM

Telefon kelas permulaan LG W11, W31 dan W31+ dilancar di India, harga bermula ~ RM530

Terbaru, LG telah melancarkan tiga telefon terbaru kelas permulaan mereka di India iaitu LG W11, W31 dan W31+. Perbezaan LG W31 dan LG W31+ hanyalah pada saiz storan W31+ yang lebih besar dengan storan 128GB.

Ketiga-tiga peranti terbaru LG ini hadir dengan spesifikasi skrin, cipset dan bateri yang sama. Ia hadir dengan skrin 6.52 inci IPS LCD, cipset Helio P22 serta bateri bersaiz 4,000 mAh.

Skrin 6.52 inci LCD ini mempunyai resolusi HD+ dengan takuk titisan air yang meletakkan kamera swafoto 8MP. Untuk kamera belakang pula, W11 dilengkapi dengan kamera utama 13MP bersama sensor kedalaman 2MP, manakala W31 dan W31+ hadir dengan tambahan kamera ultra lebar.

Telefon terbaru LG ini juga datang dengan sokongan Android 10 dan juga bicu audio 3.5mm. Untuk W31 dan W31+, ia hadir dengan sensor cap jari pada panel belakangnya.

LG W11 dijual pada harga INR 9,490 (~RM530) untuk RAM 3GB serta storan 32GB. Untuk W31 RAM 4GB dan storan 64GB pula, ia dijual pada harga IND 10,990 (~RM613) mankala, W31+ dengan storan 128GB dijual pada harga INR 11,990 (~RM669).

Adakah anda berminat dengan peranti ini sekiranya ia memasuki pasaran Malaysia? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi utama.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version