Site icon TechNave BM

Telefon lasak DOOGEE S88 Pro, 10,000mAh bertahan 19 jam untuk ‘gaming’ berharga ~RM855

Jika anda tidak pernah mendengar jenama DOOGEE, jenama telefon pintar ini telah menempah nama dalam industri telefon pintar tahan lasak. DOOGEE S88 Pro hadir dengan bateri berkapasiti besar, 10000mAh seperti OUKITEL WP6.

Sebenarnya, kapasiti bateri besar ialah perkara standard untuk telefon pintar tahan lasak. Apa yang berbeza pada DOOGEE S88 Pro adalah reka bentuk dan ciri ketahanannya. Peranti ini hadir dengan skrin 6.3 inci, RAM 6GB, storan 128GB, kamera utama 21MP dan dioperasikan MediaTek Helio P70.

Seperti yang anda lihat pada gambar, peranti ini mempunyai sedikit inspirasi rekaan daripada watak wira Iron Man (lampu LED seperti mata pada sut Iron Man). Lampu RGB ini berfungsi sebagai lampu notifikasi.

Lebih menarik, telefon pintar ini mampu bertahan dalam suhu sejuk di luar negara (-55°C dalam masa 4 jam) dan cuaca panas terik sehingga 70°C. Ia juga mampu bertahan dalam keadaan berasid atau beradiasi (radiasi solar).

Terdapat banyak lagi telefon pintar tahan lasak DOOGEE untuk anda lihat. DOOGEE S88 Pro dijual pada harga USD 249.99 (~RM1069). Namun, terdapat jualan yang sedang berlangsung di AliExpress yang menjadikan peranti ini berharga USD 199.99 (~RM855) sahaja. Harga Ringgit Malaysia yang dinyatakan adalah mengikut nilai mata wang terkini.

Pernahkah anda menggunakan telefon pintar tahan lasak? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: DOOGEE

Exit mobile version