Site icon TechNave BM

Telefon LG dengan skrin boleh gulung dikesan dalam pangkalan data telko Korea

Pada bulan Jun, LG dilaporkan telah mempatenkan sebuah rekaan telefon pintar yang dilengkapi skrin boleh gulung seperti yang terdapat pada OPPO X 2021. Kini, nombor model untuk telefon tersebut mungkin telah dikesan dalam data sebuah syarikat telekomunikasi di Korea Selatan.

Menurut sumber, telefon LG yang mempunyai nombor model LM-R910N dan OMD-LM-R910N telah dikesan dalam pangkalan data dalaman syarikat telekomunikasi di Korea yang mungkin menunjukkan pendaftaran untuk sebuah telefon dengan skrin gulung. Pejabat Hak Milik Intelek Kesatuan Eropah (EUIPO) pula telah menerima pendaftaran sebuah produk LG bernama LG Rollable.

Imej janaan komputer untuk LG Rollable yang dihasilkan oleh Let’s Go Digital

Daripada segi spesifikasi telefon ini dilaporkan akan dilengkapi skrin 7.4 inci apabila ia dibuka penuh, resolusi 2428×1600 (3:2) dan 2428×1366 (16:9) sewaktu ia dipendekkan. Jika maklumat ini benar, menjadikannya telefon unik yang terbaru daripada LG, selepas LG Wing yang menampilkan dwi-skrin yang boleh diputar 90 darjah.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version